Diterbitkan pada 1 September 2023, 22:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menjalinkan kerjasama dengan Funding Societies yang merupakan platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbesar di Asia Tenggara untuk memberikan akses mudah pembiayaan platform digital.

Hubungan kerjasama itu akan memberikan tumpuan kepada sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli PEKEMA yang terdiri daripada pengimport dan peniaga kenderaan seluruh Malaysia. Pemangku Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin menyatakan bahawa kerjasama itu mempunyai potensi besar untuk memberikan impak positif kepada industri automatif negara. Kerjasama ini juga akan memaksimumkan ekosistem pembiayaan yang lebih meluas.

Selain itu, pendekatan inovatif itu akan mendorong peningkatan jualan dalam industri automatif dan memberi ruang kepada ahli untuk meneroka model pembiayaan yang berbeza sejajar dengan trend dan keperluan pasaran semasa. Tambah beliau lagi, PEKEMA berada dalam kedudukan kukuh untuk memainkan peranan utama dalam pasaran automatif.

Ketua Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon pula menyatakan bahawa kerjasama itu melahirkan konsep pembiayaan stok kenderaan yang berevolusi oleh Funding Societies dan diintergrasikan dalam rangkaian luas PEKEMA. Program itu menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang permit AP termasuk kos pembiayaan yang lebih rendah, had pembiayaan yang lebih tinggi, tempoh kredit hingga 120 hari dan proses permohonan yang mudah.

Mekanisme pembiayaan ini dapat membolehkan pemegang permit AP menambah stok kenderaan mereka, meredakan tekanan aliran tunai, dan memudahkan pengembangan perniagaan. Tambah beliau, inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi