Diterbitkan pada 27 Julai 2023, 18:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sambutan Hari Koperasi Negara 2023 (HKN23) berjaya mencatatkan prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta melalui 44 sesi padanan perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick memaklumkan bahawa keseluruhan jumlah jualan tunai dicatatkan sebanyak RM1.47 juta dengan jumlah pengunjung direkodkan seramai 10 069 orang. Selain itu, sebanyak 219 reruai oleh agensi kerajaan, swasta, usahawan dan koperasi menyertai karnival jualan dan gerai pameran tersebut. Pelbagai aktiviti berkaitan keusahawanan diadakan seperti Pocket Talk (sesi perkongsian maklumat), khidmat nasihat perniagaan, bicara niaga inklusif dan kuiz keusahawanan.

Sepanjang penganjuran HKN23, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memaklumkan bahawa masyarakat setempat mendapat limpahan ekonomi daripada kehadiran anggota koperasi seluruh negara seperti industri perhotelan, pelancongan dan pengangkutan. Gerakan koperasi seluruh negara berjaya meningkatkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak menceburi pelbagai aktiviti perniagaan dan meningkatkan pendapatan koperasi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi