9 Mei 2023, 08:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 3.4% tahun ke tahun kepada 114.7 mata pada suku pertama 2023 daripada 110.9 pada suku tahun sama pada tahun lepas berikutan kebanyakan subsektor mencatatkan peningkatan harga pada suku tahun tersebut.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa antara subsektor itu, penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 8.3% tahun ke tahun pada suku pertama 2023 daripada 8% tahun ke tahun pada suku keempat 2022 berikutan peningkatan dalam restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak yang naik 9.8%.

Subsektor pengangkutan meningkat 6.5% tahun ke tahun daripada 5.3% tahun ke tahun pada suku keempat 2022 disumbangkan oleh pengangkutan penumpang udara yang meningkat 25.6%. Subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi serta pendidikan, masing-masing merekodkan 1.1 peratus kenaikan disebabkan oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain (naik 1.9%) dan pendidikan menengah (1.9%). Beliau menambah subsektor lain yang merekodkan kenaikan ialah profesional (0.5%) dan kesihatan (0.4%) manakala subsektor aktiviti hartanah serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.

Bagi suku kepada suku, IHPRP meningkat 0.3% berbanding 0.4% yang dilaporkan pada suku tahun sebelumnya. Beliau berkata peningkatan ini disebabkan oleh indeks penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (1.3%), pendidikan (0.5%), pengangkutan (0.3%), kesihatan (0.2%) dan profesional (0.1%). Indeks kesenian, hiburan dan rekreasi mencatatkan penurunan negatif 1.7% manakala indeks aktiviti hartanah serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.