Diterbitkan pada 13 Mei 2023, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan komited membangunkan industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik yang membuka pelbagai peluang kejuruteraan.

Beliau menyatakan bahawa impak yang penting dicetuskan oleh negara pengeluar utama automotif ialah penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan tenaga kerja mahir serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Peluang muncul dalam bidang tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, sistem simpanan tenaga dan perkhidmatan sokongan bagi kenderaan elektrik (EV) seperti stesen pengecas, operasi dan penyenggaraan EV.

MITI sedang meneliti dengan serius dasar yang akan menyokong sektor ini untuk memastikan ekosistem EV lengkap dan disokong sepenuhnya, termasuk piawaian, pensijilan dan pengesahan yang berkaitan dengan sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, penukaran bateri dan pengecasan tanpa wayar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi