Diterbitkan pada 3 April 2023, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rang undang-undang (RUU) kewangan 2023 telah diluluskan dewan rakyat pada hari ini melalui undian suara. RUU tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri kewangan, Steven Sim Chee Keong bagi meminda meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018.

Timbalan Menteri kewangan membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua adalah tentang cadangan untuk menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam belanjawan 2023 dan untuk melaksanakan keputusan kerajaan untuk menambahbaik pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta yang berkaitan.

Beliau menjelaskan bahawa RUU berkenaan mengandungi 29 fasal yang dibahagikan kepada enam bab yang meminda lima akta yang dinyatakan. Selain itu, beliau juga memaklumkan pindaan ini berbangkit selepas kerajaan memperhalusi semula secara teliti langkah cukai bagi Belanjawan 2023 dan  terdapat pindaan terkini yang  akan dicadangkan pada peringkat Jawatankuasa.“Pindaan akta tersebut adalah melibatkan subsekyen 3(3) Akta kewangan 2018 [akta 812] dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan “2022,2023 dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN),”katanya hari ini di Dewan Rakyat. Tambahan beliau lagi, kerajaan akan meneliti semula keperluan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu simpanan bersih tahunan SSPN selepas 2024.

Manakala, bagi pindaan Akta Cukai Pendapatan 197 melibatkan 15 fasal iaitu Fasal tiga hingga 17 bertujuan meminda akta ibu dan tarikh kuatkuasa bagi fasal 16(f) di bawah fasal subfasal (1) dan subperenggan 4(a)(iv) di bawah subfasal (1) di syor untuk dipinda pada peringkat Jawatankuasa. Walau bagaimanapun, perenggan 46 (1)(k) akan dikekalkan berikutan keputusan kerajaan untuk membenarkan terus potongan cukai ke atas SSPN dan di syor untuk dipinda pada peringkat Jawatankuasa.

Bagi pindaan Akta Keuntungan Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 pula ia membabitkan dua fasal iaitu Fasal 18 bertujuan menyatakan pindaan di buat mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta berkenaan. Pindaan Akta Petroleum (Cukai pendapatan) 1967 pula mengandungi enam fasal, antaranya ialah Fasal 27 yang bertujuan membenarkan pembayar cukai mengemukakan apa-apa borang ditetapkan melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik. “Dasar ini juga akan dilihat semula pada tahun depan dan maklum balas juga akan diambil daripada semua pihak termasuk pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya, ”katanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi