Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Shell Fleet Solutions memeterai kerjasama strategik dengan DHL Express Malaysia bagi menyokong usaha syarikat menuju ke arah kemampanan dengan langkah mengurangkan emisi dalam operasi fleet syarikat itu. Kedua-dua syarikat itu akan menggunakan pengetahuan, kepakaran dan infrastruktur global mereka bagi menyokong pertumbuhan perniagaan mampan menerusi penyahkarbonan fleet dan peningkatan piawaian keselamatan dalam penyelesaian pengelektrikan.
Perjanjian itu akan menyediakan rangka kerja untuk meneroka kerjasama dalam inisiatif neutral karbon lain. Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean menyatakan bahawa pihaknya berhasrat untuk menyokong fleet di Malaysia dalam peralihan penyahkarbonan memandangkan mereka berhadapan dengan cabaran untuk mengimbangi kos dan keperluan penggunaan penyelesaian mobiliti rendah karbon. Tambahnya lagi, program yang menyokong inisiatif itu merangkumi penyelesaian inovatif oleh Shell Recharge Solutions, Shell Telematics dan Shell Nature Based Solutions.
Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo menyatakan bahawa syarikat itu menyasarkan untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang tahun 2050. Tambahnya lagi, penggunaan pacuan, bahan api alternatif dan penyelesaian tenaga bersih merupakan bidang yang penting untuk mencapai matlamat itu.