Diterbitkan pada 16 Februari 2023, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalinkan kerjasama dengan SME Bank bagi menjalankan program pembangunan usahawan dan graduan dalam usaha memperkasakan lagi bidang berkenaan.
Majlis Menandatangani MoU antara UniSZA dan SME Bank berlangsung di UniSZA@Putrajaya. Profesor Dr. Fadzli Adam mewakili UniSZA manakala SME Bank diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam menyatakan bahawa kerjasama itu melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), penyelidikan dan pembangunan kolaboratif serta penawaran kemudahan dan perkhidmatan makmal. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bergandingan dalam program sangkutan industri melalui Program CEDAR BEACON, bengkel, seminar, webinar dan pembiayaan untuk usahawan siswazah dan syarikat “spin-off'” UniSZA.
Beliau menambah bahawa pihaknya amat berbesar hati dengan kerjasama tersebut dan berharap  mampu melonjakkan lagi kecemerlangan UniSZA di persada negara.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi