Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSelaras dengan usaha menambah baik mutu serta kualiti perkhidmatan percukaian dalam talian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa sistem percukaian akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja menaiktaraf komponen elektrikal seperti jadual yang berikut:
| Gangguan Perkhidmatan | Tarikh Mula | Tarikh Tamat | |
| 1. Capaian sistem HASiL termasuk semua jenis e-perkhidmatan percukaian (online e-services) melalui aplikasi MyTax dan mobile
|
17 Februari 2023 (Jumaat),
10.00 malam |
19 Februari 2023 (Ahad),
6.00 pagi |
|
| 2. Kaunter HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
|
18 Februari 2023 (Sabtu) | ||
HASiL amat memahami masalah yang mungkin timbul sekali gus ingin memohon maaf kepada pembayar cukai atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi berikutan pengumuman gangguan perkhidmatan ini. Sokongan dan kesabaran para pembayar cukai bagi membolehkan HASiL melaksanakan aktiviti penyenggaraan ini yang dijangka memberi nilai tambah kepada perkhidmatan percukaian amat dihargai. Walau bagaimanapun, para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi HASiL melalui pautan https://www.hasil.gov.my/.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami
melalui: