Diterbitkan pada 16 Februari 2023, 15:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya –  Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin  menyatakan bahawa kira-kira 180 000 tenaga kerja asing diperlukan untuk mengisi kekosongon dalam sektor pertanian di seluruh negara.

Seramai 3000 orang pekerja asing telah didaftarkan untuk mengisi kekosongan di sektor tersebut menerusi Prorgram Rekalibrasi. Beliau menambah sasaran MAFS adalah untuk menutup jurang yang sangat besar supaya isu kekurangan pekerja dapat diatasi dan keperluan di sektor pertanian dapat dipenuhi. Walaupun memerlukan kira-kira 180 000 tenaga kerja asing, MAFS  telah memberikan peluang terlebih warga tempatan telah diberikan peluang untuk mengisi keperluan sumber manusia dalam sektor ini sebelum dibuka kepada orang luar.

Timbalan Menteri itu menjelaskan bahawa pihak beliau dengan beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen sedang bekerjasama  untuk menangani isu dan memenuhi keperluan sektor pertanian negara. Tambahan beliau lagi, pelan kelonggaran penggajian pekerja asing itu akan dibuka kepada lima sektor iaitu perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran). Hal ini kerana kelima-lima sektor  pekerjaan ini  kritikal dan memberikan kesan langsung kepada peningkatan ekonomi negara.

Pihak industri mempunyai alternatif menerusi pelan yang dicadangkan oleh MAFS untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dalam sektor pertanian dan seterusnya dapat membantu mereka untuk menambah lagi pengeluaran hasil. Beliau berkata pengeluaran hasil itu juga memberikan impak yang besar terhadap imbangan perdagangan dan akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara serta agenda sekuriti makanan negara.

Ujarnya, objektif utama MAFS tidak menjadikan pengambilan pekerja asing sebagai objektif utama mereka. Namun, objektif utama MAFS adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lumayan dan cukup untuk warga tempatan serta menarik minat generasi muda. Beliau juga menjelaskan bahawa pengambilan pekerja asing merupakan penyelesaian untuk jangka pendek sahaja. Pada jangka masa yang panjang, MAFS melihat minat sejauh mana generasi muda ini melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana sektor itu mempunyai masa depan yang luas.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi