Diterbitkan pada 13 Februari 2023, 15:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam.
Pada hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 28 hari, dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.94 bilion untuk 28 hari dan RM800 juta untuk 91 hari.

BNM akan turut menjalankan tiga tender Qard, terdiri daripada tender bernilai RM1.6 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1 bilion untuk 14 hari dan tender bernilai RM600 juta untuk 21 hari. BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.  BNM juga akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM28.4 bilion.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi