Alor Setar – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN. Beliau menyatakan bahawa potensi tersebut telah menarik pelabur dan syarikat seperti Porsche, KIA, Hyundai, Mini Cooper, Mazda dan BMW untuk memulakan operasi masing-masing di Malaysia.
Beliau mengulas bahawa rantau Asia Tenggara menawarkan potensi pertumbuhan yang baik dan polisi serta ekosistem yang baik dan Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN. Beliau turut menambah kerajaan akan memberi fokus kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) agar lebih ramai rakyat negara ini boleh meningkatkan kemahiran masing-masing. Hal itu bagi memanfaatkan pelaburan dan perkembangan industri di negara ini.