Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melaungkan keyakinan Malaysia mampu mencapai pertumbuhan positif dan seterusnya ingin mengelakkan kemelesetan ekonomi berlaku pada tahun ini walaupun perlu berhadapan dengan ancaman ekonomi global.
Beliau juga optimis bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini diunjurkan sederhana berbanding tahun sebelum ini. “Malaysia perlu merebut segala peluang yang ada untuk memastikan semua enjin pertumbuhan ekonomi kekal aktif terutamanya dalam pelaburan dan perdagangan.” Tambahan beliau, pelaburan yang berkualiti berupaya untuk menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.
Dalam lawatan beliau ke Pulau Pinang baru- baru ini, beliau telah bertemu dengan pegawai tertinggi negara dan peserta industri untuk membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi ekosistem perindustrian di negeri itu kerana Pulau Pinang merupakan antara salah satu destinasi pelaburan utama sektor elektrik dan elektronik(E&E) dan teknologi perubatan. Beliau juga sebolehnya ingin membantu dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana di negara ini yang boleh menawarkan perkhidmatan dan seterusnya menjadi pembekal kepada syarikat multinasional.
Beliau juga menjelaskan bahawa Pulau Pinang merupakan contoh yang terbaik untuk dilihat kerana banyak syarikat multinasional yang bekerjasama dengan syarikat kecil sehingga syarikat-syarikat kecil ini dapat berkembang dan disenaraikan di bursa saham.