Diterbitkan pada 3 November 2022, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Malaysia Airlines melancarkan penerbangan terus dua kali seminggu yang baharu antara Kuala Lumpur  dan Yogyakarta, Indonesia pada Rabu dan Ahad.
Perkhidmatan baharu itu merupakan strategi pengembangan rangkaiannya dan menjadikan rangkaian sedia ada di Indonesia kepada enam bandar, termasuk Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan dan Pekanbaru.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail menyatakan bahawa perkhidmatan baharu itu akan memenuhi keperluan pelancong perniagaan dan percutian serta mengukuhkan bahagian umrah dan haji di rantau ini.
Beliau turut menambah langkah itu juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua negara dan meletakkan syarikat penerbangan pada kedudukan kukuh untuk mencecah lebih 82% daripada kapasiti sebelum pandemik.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi