Diterbitkan pada 27 Oktober 2022, 09:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD104.5 bilion pada 14 Oktober 2022. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM menyatakan bahawa komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing (USD92.6 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak USD1.3 bilion, hak pengeluaran khas (SDR) (USD5.5 bilion), emas (USD2.1 bilion) dan aset rizab lain (USD3 bilion).
Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM484.62 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM46.57 bilion).
Bank pusat itu menyatakan bahawa modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM151.79 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.63 bilion), deposit institusi kewangan ((RM168.61 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.16 bilion), deposit lain (RM34.49 bilion), kertas Bank Negara (RM10.02 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.84 bilion).
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi