Cyberjaya – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi unifi eCommerce Hub. Sistem atas talian itu mengintegrasikan pelbagai kemudahan perkhidmatan, penyelarasan automatik, penyimpanan awan, dan transaksi e-dagang ke dalam satu sistem berpusat.
Ketua Perniagaan Sederhana PMKS, unifi Business, Maznan Deraman menyatakan bahawa usahawan PMKS yang berdaftar akan menerima latihan secara percuma untuk memaksimumkan sumber perniagaan mereka melalui jaringan digital dengan perlindungan ancaman siber. Tambah beliau, unifi eCommerce Hub sebagai tulang belakang ekonomi negara akan mempersiapkan usahawan PMKS mekanisme penyelesaian perniagaan yang lebih efisien serta berbaloi untuk kelangsungan perniagaan dalam tempoh jangka panjang.
Terdapat lebih 400 000 daripada sekitar 1.5 juta usahawan PMKS di seluruh negara telah melanggan perkhidmatan internet pelbagai pakej unifi dengan khidmat bantuan 600 pegawai terlatih khasnya untuk membantu PMKS mengadaptasi ekonomi digital.
Unifi eCommerce Hub turut menawarkan pelbagai pelan serendah RM49 sebulan dengan servis pengagihan berpusat, pembinaan laman web, pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem jualan berpusat.