Bagi tahun ke tahun, pengeluaran getah asli merosot sebanyak 15.2% berbanding 42 942 tan pada Ogos tahun lepas. “Pengeluaran getah asli pada Ogos 2022 untuk Malaysia disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.5%) berbanding sektor estet (12.5%).”
Jumlah stok getah asli berkurangan sebanyak 8.1% bulan ke bulan kepada 209 491 tan pada bulan Ogos dengan pemproses getah menyumbang 91.6% daripada stok. Eksport getah asli Malaysia meningkat 11.9% bulan ke bulan kepada 60 170 tan pada Ogos 2022, dengan China kekal sebagai destinasi utama menyumbang 40.5% daripada jumlah penghantaran, diikuti oleh Iran (5.4%), Jerman (4.0%), Amerika Syarikat (4.0%) dan Turkiye (4.0%). “Analisis purata harga bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan sebanyak 3.3% kepada 514.73 sen daripada 532.28 sen sekilogram pada Julai 2022, manakala getah sekerap susut 5.8% kepada 533.29 sen sekilogram.”