Kuala Lumpur – Import minyak sawit India dari Malaysia meningkat lebih 21% bulan lepas berbanding jumlah import pada Ogos. India mengimport hampir 1.6 juta tan minyak makan pada September, dengan minyak sawit menguasai bahagian terbesar sebanyak 74%.
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), negara itu mengimport 1.17 juta tan minyak sawit pada bulan itu, dengan Malaysia membekalkan kira-kira 36.5%.
Import minyak sawitnya dari Malaysia terdiri daripada 292 388 tan minyak sawit mentah, 129 105 tan minyak olein sawit RBD dan 6 718 tan minyak isirong sawit mentah. Pada Ogos, India mengimport 353 556 tan minyak sawit dari Malaysia.
Setakat tahun ini, jumlah import minyak makan India berjumlah kira-kira 10.3 juta tan, termasuk lebih daripada 2.7 juta tan minyak sawit Malaysia.