Diterbitkan pada 22 Julai 2022, 16:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Putrajaya – Warga Putrajaya akan dapat membeli ayam standard pada harga RM8.50 sekilogram lebih rendah daripada harga siling RM9.40 bermula 1 Ogos ini melalui program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah di semua pasar awam di Putrajaya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan bahawa sebuah pusat penyembelihan ayam diwujudkan di Presint 20 bagi membolehkan ayam disembelih di Putrajaya untuk menjayakan inisiatif tersebut.
Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah itu telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Labuan pada 14 Julai lepas dengan menawarkan barangan keperluan asas dan makanan kering secara terus daripada pembekal ke kawasan perumahan manakala di Labuan, program itu dilaksana melalui peruncit yang dikenal pasti oleh Perbadanan Labuan.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi