Diterbitkan pada 20 Julai 2022, 08:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
London – Kadar inflasi United Kingdom (UK) mencecah sebanyak 9.4% pada Jun yang merupakan paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun.
Pejabat perangkaan negara memaklumkan kadar inflasi tahunan itu berada pada paras tertinggi sejak  bulan Februari 1982 berdasarkan model anggaran inflasi harga pengguna. Kadar itu mencecah sekitar 9.1% pada bulan Mei, manakala harga barangan turut meningkat sebanyak 0.8% pada Jun.
Pejabat perangkaan UK turut memaklumkan bahawa kenaikan harga bahan api dan makanan menyumbang kepada peningkatan itu.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi