Diterbitkan pada 20 Julai 2022, 11:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE) memberi peluang kepada golongan belia terutama pekerja ekonomi gig untuk memiliki kediaman.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azhar Ahmad menyatakan bahawa inisiatif itu menawarkan akses pembiayaan menerusi Cagamas Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan skim sewa untuk beli dengan PR1MA.
Tambah beliau, pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji yang kebiasaannya menjadi syarat utama dalam proses pemilikan kediaman. Beliau menjelaskan pembiayaan yang ditawarkan ialah 110% meliputi pembiayaan bagi membayar deposit rumah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi