“Alhamdulillah oleh kerana kita ada kawalan harga dan subsidi, hal itu menjadikan kadar inflasi kita rendah, umpamanya subsidi untuk minyak masak dan subsidi untuk gas.
“Subsidi untuk petroleum misalnya harga sebenar ialah lebih RM4, tetapi rakyat hanya bayar RM2.05 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel seliter.”
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 2.2% kepada 125.6 pada Mac 2022 berbanding 122.9 pada Februari, melebihi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 iaitu 1.9%. Mengenai langkah melaksanakan subsidi bersasar, Beliau menambah langkah melaksanakan subsidi bersasar sedang diteliti lebih terperinci dan akan diumumkan pada masa yang akan ditentukan kelak. Menurutnya, antara subsidi bersasar yang sudahkan dilaksanakan kerajaan adalah subsidi untuk mengerjakan ibadah haji.