Kuala Lumpur – RHB Banking Group akan melaras naik kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei 2022 selajar dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini.
Kumpulan perbankan itu menyatakan bahawa RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaik kadar asas mereka daripada 2.50% kepada 2.75% setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45% kepada 5.70% setahun. “Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.”