Diterbitkan pada 11 Jun 2026, 10:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasakan kepimpinan dan keusahawanan pasar tani menerusi penganjuran Majlis Amanat Pemerkasaan Kepimpinan dan Keusahawanan Pasar Tani Tahun 2026 di Hotel Seri Pacific.

Program yang menghimpunkan barisan kepimpinan pasar tani dari seluruh negara itu menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama, mempererat hubungan silaturahim dan memantapkan peranan usahawan dalam menyokong pembangunan sektor pemasaran agromakanan negara.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian Mesyuarat Jawatankuasa Peserta Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2026 dan menjadi wadah penting untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan pasar tani agar terus relevan, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan semasa industri agromakanan.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah FAMA, YBRs. Encik Abdul Rashid Bahri, yang turut menyampaikan amanat kepada barisan kepimpinan pasar tani dan para usahawan.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan kepentingan tadbir urus yang berkesan, pengukuhan jaringan kerjasama, peningkatan kualiti perkhidmatan dan usaha berterusan untuk memperluas peluang pasaran bagi memastikan pasar tani kekal sebagai platform pemasaran pilihan rakyat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh kepimpinan pasar tani dan meningkatkan keupayaan usahawan sebagai tunjang kepada pembangunan ekosistem pemasaran agromakanan negara.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi Ismail; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Puan Suraya Mohd Yusof; Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan Sudiman; barisan pengurusan kanan FAMA, serta Ahli Jawatankuasa Pasar Tani Peringkat Kebangsaan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi