Diterbitkan pada 11 April 2026, 19:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi menyokong peniaga buah kelapa sawit memperoleh pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), sekali gus memperkukuh daya saing industri sawit negara.

Inisiatif ini merupakan langkah proaktif kerajaan bagi membantu peniaga memenuhi keperluan pematuhan semasa, di samping meningkatkan daya tahan rantaian bekalan sawit negara agar terus kekal stabil dan diyakini pasaran.

Lebih daripada 3,000 peniaga buah kelapa sawit di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada insentif ini tertakluk pada syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dikemukakan bermula 15 April 2026 melalui sistem e-MSPO.

Pelaksanaan inisiatif ini juga selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan MSPO 2.0 secara menyeluruh, selain menyokong agenda negara bagi memastikan industri sawit terus berkembang secara mampan, bertanggungjawab dan berdaya tahan.

Kerajaan menjangkakan langkah ini mampu memperluas liputan pensijilan dalam kalangan peniaga buah kelapa sawit, seterusnya mengukuhkan keseluruhan ekosistem rantaian bekalan sawit negara, serta meningkatkan keyakinan pasaran domestik dan antarabangsa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi