Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – AFFIN Bank mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa apabila meraih dua anugerah utama pada Anugerah Kewangan Antarabangsa ke-13 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Bank itu memenangi kategori Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Terbaik – Malaysia 2025 dan Inisiatif Perbankan Hijau Terbaik – Malaysia 2025.
Anugerah berkenaan diterima oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, YBhg. Datuk Wan Razly Abdullah yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai pencapaian penting dan bukti komitmen AFFIN terhadap kecemerlangan, inovasi, serta perbankan bertanggungjawab.
Menurut AFFIN, anugerah Inisiatif Perbankan Hijau Terbaik mencerminkan komitmen berterusan bank itu dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar dan pembiayaan hijau di Malaysia.