12 Mac 2024, 21:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan bahawa inisiatif pengukuhan sektor agromakanan yang mula dirintis sejak tahun 2022 telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Beliau berkata pencapaian tersebut boleh diterjemahkan melalui pertumbuhan sektor agromakanan yang lebih kukuh pada tahun 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada tahun 2022.

“Sektor agromakanan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 11.6 peratus. Pengiraan ini meliputi industri agromakanan di bawah sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.”

Beliau menambah susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) tahun 2024 pada 23 Februari lepas, KPKM sedang melaksanakan kajian dan perbincangan lanjut berhubung industri padi serta beras secara menyeluruh. Hal itu termasuk cadangan mewujudkan satu harga dan gred beras tunggal dengan mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.