20 Januari 2023, 11:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Malaysia Madani sebagai gagasan yang mengemudi hala tuju negara dalam mengangkat semula martabat dan kegemilangan tanah air. Beliau menyatakan bahawa konsep Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi mentadbir negara dalam menangani pelbagai cabaran. Tambah beliau lagi, beliau optimis bahawa kegemilangan Malaysia akan kembali dicapai setelah melihat kepada keupayaan barisan kepimpinan politik, penjawat awam, dan sokongan masyarakat iaitu termasuk sektor swasta.

Konsep madani diacu berteraskan enam tonggak dasar iaitu kemampuan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan. Selain memberikan penekanan pemerkasaan ekonomi, konsep itu juga menekankan bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi. Pada masa yang sama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa kerajaan perpaduan di bawah pimpinannya tidak akan meminggirkan masyarakat minoriti termasuk di Sabah dan Sarawak.  Beliau menegaskan bahawa kepimpinan dalam kerajaan perpaduan juga perlu diletakkan asas dan budaya baharu selain membasmi perkara lampau yang memberi kesan buruk kepada negara.

Sementara itu berteraskan konsep Malaysia Madani, kerajaan akan menstrukturkan semula ekonomi berasaskan etika mampan termasuk membasmi kemiskinan dan memberikan tumpuan sewajarnya kepada pengurusan pengelola dana awam yang telus dan baik.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis Amanat Membangun Malaysia Madani.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.