18 Mac 2021, 13:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA, 18 Mac 2021 – Ekoran pembentangan Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada pukul 5.30 petang semalam oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia memberikan bantuan dan saluran insentif kepada usahawan dan koperasi yang terjejas sepanjang pandemik ini berlaku.

MEDAC amat komited bagi memastikan inisiatif PEMERKASA yang diumumkan ini dapat dinikmati segera oleh usahawan yang disasarkan agar aktiviti perniagaan mereka dapat diteruskan dan dipulihkan kesan daripada kelembapan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19”, jelas Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri MEDAC.

Inisiatif PEMERKASA ini akan dilaksanakan bersama-sama melalui lima fokus utama yang berteraskan program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021. Dalam usaha ini, MEDAC mengenal pasti dan menyokong beberapa pemberian insentif berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi.

Antara 10 insentif yang diperkenalkan, termasuklah Geran Khas Prihatin (GKP 3.0); Skim Pembiayaan Informal bagi usahawan sektor informal; dana pembiayaan tambahan bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.; pemerkasaan usahawan wanita; Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE); TEKUN Mobilepreneur ditingkatkan; Program TEKUN POS-preneur; dan banyak lagi.

“Dengan pengumuman ini, MEDAC mengharapkan usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan walaupun menghadapi tempoh kesukaran serta pelbagai cabaran dan saingan. MEDAC bersedia untuk membantu dalam menyalurkan segala insentif PEMERKASA kepada usahawan dan koperasi yang terkesan,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.