Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – FIDO Alliance sangat teruja untuk mengumumkan pihak yang terlibat bagi FIDO APAC Summit kedua yang akan berlangsung di JW Marriott Kuala Lumpur pada 10-11 September 2024.
Penganjuran secara bersama oleh SecureMetric Technology yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CyberSecurity Malaysia akan menganjurkan acara utama yang bertujuan untuk memajukan pengesahan FIDO kalis pancingan data di seluruh rantau di bawah tema “Unlocking A Secure Tomorrow“.
Sidang kemuncak tersebut akan menampilkan ucaptama oleh tokoh terkenal seperti Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia; Dato’ Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia; Ts. Mohamed Kheirulnaim Mohamed Danial, Penolong Pengarah Kanan Pusat Kawalan dan Koordinasi Siber Negara (NC4) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA); Andrew Shikiar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif FIDO Alliance; dan Edward Law, Ketua Pegawai Eksekutif Securemetric.
Mereka turut disertai oleh senarai penceramah yang terkenal dalam industri termasuklah Christiaan Brand, Pengurus Produk: Identiti dan Sekuriti di Google; Henry (Haixin) Chai, Ketua Pegawai Eksekutif GMRZ Technology/Lenovo; Hyung Chul Jung, Ketua Kumpulan Kejuruteraan Sekuriti di Samsung Electronics; Khanit Phatong, Pegawai Pengurusan Kanan di Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik Thailand; Masao Kubo, Pengurus Jabatan Reka Bentuk Produk di NTT DOCOMO; Naohisa Ichihara, CISO di Mercari; Niharika Arora, Jurutera Perhubungan Pembangun di Google; Sea Chong Seak, CTO di SecureMetric; Simon Trac Do, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas VinCSS dan Takashi Hosono, Pengurus Besar di SBI Sumishin Net Bank.
Sementara itu, antara penceramah yang terlibat termasuklah Tin Nguyen, mantan Ejen Khas Marin dan FBI Amerika Syarikat yang kini merupakan pakar siber sekuriti. Beliau akan membincangkan perihal faedah pengesahan tanpa kata laluan dan cara untuk meningkatkan pertahanan organisasi terhadap ancaman siber.
Menurut Tin Nguyen, penjenayah siber terus mencari kelemahan untuk mengambil kesempatan. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk melaksanakan langkah keselamatan siber yang kukuh bagi melindungi pengguna mereka.
“Melaksanakan kunci laluan berasaskan FIDO menyediakan lapisan keselamatan tambahan, berupaya mengurangkan potensi ancaman tanpa menjejaskan pengalaman pengguna,” tegas beliau lagi.
Acara tersebut menjanjikan untuk menarik banyak hadirin dan akan menampilkan ucaptama, perbincangan panel, bengkel teknikal, dan dewan ekspo yang mempamerkan inovasi terkini daripada syarikat teknologi terkemuka seperti SecureMetric, VinCSS, OneSpan, iProov, Thales, AirCuve, Zimperium, Yubico, Utimaco dan FETIAN.
Para hadirin akan berpeluang untuk meneroka trend terkini dalam siber sekuriti, rangkaian dengan minda industri terkemuka, dan memperoleh pengetahuan yang tidak ternilai bagi melaksanakan piawaian FIDO untuk keselamatan yang dipertingkatkan.
“FIDO Alliance sangat teruja untuk menganjurkan FIDO APAC Summit 2024 yang kedua di Malaysia pada kali ini dengan menampilkan pembentangan daripada tokoh dan pakar dalam pengesahan dari rantau APAC dan yang lebih luas lagi. Dengan peningkatan berterusan dalam jumlah dan kecanggihan serangan siber, adalah penting bagi organisasi untuk melepasi kata laluan dan menggunakan kunci laluan, alternatif mesra pengguna berdasarkan piawaian FIDO,” demikian menurut Andrew Shikiar, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif FIDO Alliance.