Diterbitkan pada 21 Februari 2025, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kulim – Pasar raya Mydin di bawah pengurusan Iman Ikhlas (M) Sdn. Bhd. membuka cawangan yang ke-70 semalam di Keda Mall Kulim setelah beroperasi sejak tahun 1957.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA), YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dalam ucapan perasmian pasar raya tersebut berkata,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkata bahawa kemajuan tidak akan dapat dicapai tanpa kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak.

Pihak pengurusan rangkaian pemborong dan peruncit Mydin Kulim telah melabur RM10 juta bagi kos pengubahsuaian termasuklah stok barang bagi keselesaan dan kemudahan pelanggan.

Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Encik Azmin Dato’ (Dr.) Saduruddin  berkata, pasar raya ini ialah cawangan ketiga Mydin di negeri Kedah selain di Alor Setar dan Sungai Petani.

Menurut beliau lagi, pasar raya dua tingkat dengan keluasan lebih daripada 30,000 kaki persegi menawarkan lebih daripada 23,000 unit simpanan stok (SKU) yang melibatkan barangan keperluan harian, barangan keperluan dapur, aksesori, pakaian termasuklah barangan pasar segar.

Tambah beliau,

Bersempena dengan pembukaan pasar raya ini, lebih daripada 100 peluang pekerjaan ditawarkan kepada penduduk tempatan. Pihak kami juga menjangkakan nilai jualan untuk cawangan ini bakal mencecah RM40 juta setahun.

Menurut beliau, orang ramai boleh membeli pelbagai barangan termasuklah secara borong dengan harga berpatutan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPK), YBhg. Dato’ Elmi Yusoff; Pengurus Besar KEDA, YBrs. Ismasuhaimi Shariff; Pengerusi KEDA Properties and Management Sdn. Bhd, YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin; Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Wira Dr. Ameer Ali Mydin; Pengarah Urusan Iman Ikhlas (M) Sdn. Bhd. Mydin Wilayah Utars, YBhg. Dato’ Dr. Saduruddin Gulam Husen; Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad; dan Pengerusi Giat Mara Parlimen Padang Serai, YBhg. Dato’ Asmadi Abu Talib.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi