Diterbitkan pada 29 Oktober 2025, 12:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur — Sejumlah 1.12 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencarum secara sukarela dengan jumlah bernilai RM14.13 bilion setakat bulan Ogos tahun ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli dalam membuat caruman sebagai usaha untuk membantu mereka membina simpanan persaraan.

“Setakat Ogos 2025, sebanyak 227,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk mencarum melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja,” katanya dalam jawapan bertulis di portal rasmi Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Kewangan menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal yang meminta kementerian mengemukakan perancangan untuk menggalakkan rakyat membuka akaun KWSP.

Selain itu, kementerian turut memaklumkan bahawa bagi tempoh separuh pertama tahun 2025, program i-Saraan telah mencatatkan jumlah caruman sebanyak RM2.8 bilion daripada 487,375 ahli.

“Peningkatan ini mencatatkan kenaikan sebanyak 74 peratus berbanding dengan RM1.6 bilion, serta peningkatan 48 peratus dalam bilangan ahli berbanding dengan 330,196 ahli pada separuh pertama tahun 2024,” tambahnya.

“Sebanyak 158,000 orang suami turut menyertai program i-Sayang dengan jumlah pindahan caruman sebanyak RM309.4 juta setakat Ogos 2025,” jelas kementerian lagi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi