Oleh Firdaus Mul
6 Mac 2023, 11:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Ekonomi yang dilancarkan bagi membantu golongan miskin tegar dan B40 mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan media Menteri Ekonomi pada 6 Mac 2023, YB Rafizi Ramli menyatakan bahawa sebanyak 22 319 pengguna telah mendaftarkan diri di laman web rasmi IPR (ipr.epu.gov.my) sejak hari pelancarannya pada 26 Februari 2023. Program IPR ini terdiri daripada Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), Insiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). 52 peratus penyertaan bagi program INSAN, 29 peratus untuk program (INTAN) dan 19 peratus untuk Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). Manakala bagi off-takers sebanyak 376 menunjukkan minat yang luas dalam program tersebut.

Tapak pertama INTAN akan dilancarkan pada minggu pertama bulan April. Sebanyak 20 peserta pertama INTAN akan mula memasuki tapak dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.