Oleh Firdaus Mul
13 Februari 2023, 14:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menu Rahmah yang baharu sahaja diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif peniaga bagi membantu golongan yang memerlukan. Walau bagaimanapun, inisiatif itu bukanlah penyelesaian yang tepat bagi tempoh jangka masa yang panjang. Perkara ini turut dijelaskan oleh Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Mohd Dali selaku penganalisis ekonomi dari Universiti Sains Islam Malaysia dalam temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia anjuran RTM baru-baru ini.

Beliau menjelaskan inisiatif itu merupakan satu langkah yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan kos dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, pihak berwajib perlu memberikan penekanan penyelesaian jangka masa panjang. Pengenalan inisiatif itu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif khususnya kepada golongan peniaga kerana mereka perlu menyerap kos. Oleh itu, beliau menyentuh tentang isu kenaikan gaji di Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa harga barang akan naik seiring dengan kenaikan gaji. Tambahan pula, kadar kenaikan gaji di Malaysia pula tidak tinggi dan keadaan itu telah memberikan kesan kepada kos sara hidup.

Menjelang hari pembentangan belanjawan bagi tahun 2023, beliau turut mengutarakan beberapa cadangan iaitu menggalakkan generasi muda untuk menceburi bidang pertanian moden. Pihak kerajaan boleh menyediakan bantuan dana dan latihan kepada mereka untuk menceburi industri itu. Kita dapat menyelesaikan masalah sekuriti makanan dalam negara dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.