5 September 2021, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni komuniti setempat dengan mengagihkan 401 bakul makanan kepada kumpulan sasar di Kampung Peringat, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 September 2021. Di Kampung Peringat, Kelantan, agihan bantuan disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Dewan Tun Ghafar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Padang Kala. Sebanyak 201 bakul makanan diserahkan kepada wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diagihkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti dan terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan Siam. Turut hadir pada program tersebut ialah Datuk Mohd. Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM dan Encik Kamarudzaman Bahrain, Pengarah Negeri LHDNM Terengganu/Kelantan.

Selain di Kelantan, Program CSR Hasil Prihatin pada hari tersebut turut diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur. Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berkesempatan menyerahkan 200 bakul makanan kepada Datuk Roslan Haji Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan wakil-wakil penduduk untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Turut hadir dalam program tersebut ialah Datuk Haji Mohd. Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Tuan Haji Mohamad Zain Mohamad Said, Pengarah Negeri LHDNM WP Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah agensi kerajaan persekutuan, LHDNM akan terus memberikan komitmen dalam menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara melalui pelaksanaan Program CSR Hasil Prihatin ini. Buktinya, sehingga kini sebanyak 5870 bantuan bakul makanan telah diagihkan khususnya untuk rakyat yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19.

YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad bersama-sama YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohamad Zain Mohamad Said, Pengarah Negeri LHDNM WP Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Roslan Haji Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, pegawai kanan LHDNM serta wakil penduduk dalam Program CSR Hasil Prihatin.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.