29 Ogos 2021, 16:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebanyak 500 agihan bakul makanan terus diusahakan kepada penduduk di sekitar kawasan Rawang, Muar dan Segamat melalui Program CSR Hasil Prihatin. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menzahirkan keprihatinan dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik disebabkan oleh tamparan pandemik COVID-19.

Pengarah LHDNM Wilayah Persekutuan bersama-sama penerima sumbangan bakul makanan.

Di Rawang, penyampaian sumbangan bakul makanan berlangsung di Masjid Bandar Tasik Puteri oleh Tuan Haji Mohamad Zain Mohamad Said, Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 300 bakul makanan diagihkan melalui wakil penduduk untuk diserahkan kepada penerima yang memerlukan.

Bagi kawasan Muar pula, sebanyak 200 bakul makanan diagihkan oleh Md. Kamal Johan, Pengarah Negeri LHDNM Johor kepada wakil surau dan pertubuhan di sekitar Daerah Muar dan Segamat untuk diserahkan kepada penerima yang telah dikenal pasti.

Penyampaian agihan bakul makanan di daerah Muar.

Surau dan pertubuhan yang terlibat dalam program tersebut termasuklah Surau Pengkalan Parit Tiram, Penghulu Mukim Parit Jawa dan Kelab Warisan Prihatin di daerah Muar; dan Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih di Segamat. Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung di Dewan Hasil, LHDNM Cawangan Muar, Johor.

Pegawai LHDNM bersama-sama wakil ahli kariah Masjid Bandar Tasik Puteri.

Berdasarkan laporan semasa, sebanyak 5055 bakul makanan telah diagihkan kepada rakyat yang terkesan di bawah Program CSR Hasil Prihatin. Program CSR ini merupakan siri penyampaian sumbangan berupa makanan dan barang keperluan asas yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan dan diharap agar program sebegini dapat diperluas pelaksanaannya ke seluruh negara khususnya untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!