4 Julai 2021, 20:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di seluruh Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan Perkhidmatan Percukaian, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan akan ditutup sementara bermula pada 5 Julai 2021 bagi kawasan yang terlibat dengan PKPD.

Sehubungan dengan itu, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu akan dibatalkan secara automatik. Pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula pengoperasiannya.

Namun begitu, Kaunter Pusat Bayaran masih beroperasi seperti biasa dengan perkhidmatan dan waktu operasi yang terhad seperti yang berikut:

Perkhidmatan Waktu Operasi
Bayaran Tunai dan Cek:
· Cukai Pegangan
· Seniman Kembara
· Cukai Keuntungan Harta Tanah oleh Pemeroleh
· Kompaun

Bayaran Menggunakan Kad Kredit dan Kad Debit:
· Cukai Pendapatan dan Cukai Lain

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Perkhidmatan lain Secara dalam talian sahaja

Dalam tempoh PKPD ini juga perkhidmatan telefon dan HASiL Live Chat akan beroperasi seperti biasa bagi membantu pelanggan khususnya pembayar cukai dalam urusan percukaian mereka.

Waktu Operasi Perkhidmatan Telefon dan HASiL Live Chat

Premis/Perkhidmatan Waktu Operasi
Hasil Care Line Talian Khidmat Percukaian: 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara)

atau

Talian Hotline BPR
1800-88-2747

9.00 pagi – 4.00 petang
(Isnin – Jumaat)
HASiL Live Chat 9.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Talian Telefon Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Ditutup sementara

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.