30 Jun 2021, 11:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bermula 1 Julai 2021, semua kaunter perkhidmatan percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pejabat Cawangan, Pusat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) mula beroperasi seperti biasa bagi memudahkan urusan.

Waktu operasi kaunter perkhidmatan percukaian ini ialah bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri). Para pelanggan perlu membuat janji temu secara dalam talian (e-Janji Temu) sebelum hadir ke kaunter perkhidmatan.

Cara Janji Temu (e-Janji Temu):
1) Layari portal rasmi LHDNM
2) Klik pada menu ‘Hubungi Kami’
3) Klik e-Janji Temu

Dalam hal ini, LHDNM ingin menasihatkan pelanggan yang menghadiri janji temu agar sentiasa mengemaskini Status Risiko COVID-19 pada aplikasi MySejahtera.

Pelanggan juga perlu mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!