29 Jun 2021, 13:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dana Kenanga Global Growth dan Dana Kenanga Global Islamic memberikan tarikan kepada pelabur dengan dedahan secara global dan kepelbagaian yang lebih meluas berikutan pengenalan semula dana unit amanahnya.


Kuala Lumpur, 29 Jun 2021 – Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) mengumumkan pelancaran terhadap kesemua dana unit amanahnya, iaitu Dana Kenanga Global Growth (KGGF) dan Dana Kenanga Global Islamic (KGIF).

“Kami memperkenalkan dana ini dalam pasaran untuk memberikan tahap dedahan global yang lebih besar kepada pelanggan. Dengan melabur di pasaran global, skop akan menjadi lebih meluas dan kita dapat memanfaatkan tren pertumbuhan sekular seperti pendigitalan, kenderaan elektrik, rangkaian 5G, dan juga pemulihan semula dalam pasaran pascapandemik COVID-19.

Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors.

Indeks saham yang menanda aras dana yang dilancarkan semula, iaitu MSCI ACWI dan DJIM World, juga menunjukkan pertumbuhan yang konsisten sepanjang 10 tahun lalu, meskipun pelbagai kitaran ekonomi dan peristiwa ekonomi berlaku.

Hal ini membuktikan bahawa dedahan global menjana pulangan yang menggalakkan dan menyediakan pelbagai manfaat kepada negara,” jelas Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors.

Dalam hal ini, syarikat menggunakan strategi pelaburan aktif yang menggabungkan analisis pelaburan terhadap syarikat, seperti analisis makro berkaitan dengan negara dan sektor dalam peruntukan aset.

Proses pelaburan adalah konsisten dengan falsafah syarikat untuk membuat pelaburan dalam syarikat yang menjana pertumbuhan perolehan dan memberikan pulangan yang memuaskan kepada modal, selain mengenal pasti syarikat yang terkurang nilai.

Faktor utama

  • Kemampanan model perniagaan
  • Rekod pencapaian pengurusan
  • Pertumbuhan perolehan dan ketampakan
  • Pulangan ke atas modal

Dana tersebut adalah sesuai untuk pelabur yang ingin mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka masa pelaburan sederhana hingga jangka panjang. Jumlah pelaburan minimum awal ialah RM5000 dengan setiap pelaburan tambahan pada nilai RM200 untuk KGGF. Manakala bagi KGIF, RM1000 sebagai jumlah permulaan dengan RM100 bagi setiap pelaburan tambahan.

Layari portal rasmi Kenangan Kenanga Investors Berhad untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.