24 Jun 2021, 15:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bagi memudahkan pemohon rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil inisiatif dengan cara menyediakan peti pelbagai (drop box) di pejabat Cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM, serta di Pejabat Daerah yang berhampiran.

Pemohon hanya sekadar mengemukakan borang dan semua dokumen sokongan yang lengkap ke dalam peti pelbagai tersebut yang disediakan mengikut waktu operasi pejabat (rujuk Jadual). Kemudahan peti pelbagai disediakan sehingga tarikh akhir permohonan rayuan BPR, iaitu pada 30 Jun 2021.

Jadual Waktu Operasi Kaunter Permohonan BPR di Cawangan.

Perkhidmatan Waktu Operasi
Kaunter Bantuan Khas Kerajaan
(Permohonan Rayuan BPR)
Melalui janji temu sahaja di portal rasmi BPR
8.00 pagi-12.00 tengah hari
(Berdasarkan hari bekerja di setiap negeri)

Layari portal BPR untuk maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan rayuan ini.

Bagi memastikan borang dan dokumen yang diserahkan adalah teratur dan tidak bercampur dengan borang rayuan pemohon lain, pemohon diingatkan agar memasukkan borang dan dokumen sokongan rayuan BPR di dalam sampul atau mencantumkannya (stapler) dengan kemas terlebih dahulu sebelum meletakkannya ke dalam peti pelbagai tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung dengan perkara ini, pemohon boleh menyalurkannya melalui:
(a) Talian BPR,  1800-88-2747  (Isnin-Jumaat, pukul 9.00 pagi-4.00 petang);
(b) HASiL Live Chat; dan
(c) Borang maklum balas di laman web LHDNM (Maklum Balas Pelanggan)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.