16 Mac 2021, 13:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2021 – Satu tinjauan yang dilakukan baru-baru ini oleh firma perisian analitik global, FICO mendedahkan bahawa sebanyak 61 peratus pengguna Malaysia lebih gemar menggunakan saluran digital untuk berhubung dengan pengurusan bank berbanding dengan bersemuka ketika musim kemuncak penularan wabak ini.

Rakyat Malaysia lebih gemar berkomunikasi tentang kesukaran kewangan melalui perbankan dalam talian.

Penembusan Internet berkelajuan tinggi pada tahap yang baik di Malaysia menyumbangkan 27 peratus rakyat Malaysia untuk lebih gemar berkomunikasi tentang kesukaran kewangan melalui perbankan dalam talian; 18 peratus menggunakan aplikasi perbankan mudah alih; lapan peratus lebih gemarkan perbankan telefon; enam peratus berkomunikasi melalui e-mel dan dua peratus memilih menggunakan teknologi persidangan maya. Hasil tinjauan ini membuktikan ketersediaan pengguna dalam memanfaatkan perbankan digital dan membuka peluang pada bank untuk terus mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka.

Risiko jangkitan dan keperluan penjarakan fizikal menjadikan kunjungan ke cawangan kurang menarik pada tahun lalu. Namun begitu, hal ini mempercepat transformasi saluran perbankan digital di seluruh dunia,” jelas Aashish Sharma, Ketua Risiko Kitaran Hayat dan Pengurusan Keputusan FICO di Asia Pasifik.

“Pengguna perbankan digital hari ini mahukan kedudukan kewangan mereka boleh dikawal dan boleh dilihat. Sebanyak 73 peratus pengguna Malaysia menyatakan faktor utama menggunakan platform digital ialah disebabkan oleh mereka berupaya untuk melihat sejarah transaksi, mengemas kini butiran peribadi, menetapkan semula kata laluan, mengehadkan pengeluaran transaksi, serta fungsi-fungsi lain,” ujarnya lagi.

Sikap pelanggan terhadap teknologi baharu boleh menghasilkan pilihan dan tingkah laku yang menarik. Kemampuan untuk menyampaikan dan mengurus pelbagai saluran selaras dengan pilihan pelanggan dan memberikan pengalaman kepenggunaan yang lancar merupakan satu cabaran yang berkekalan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.