Diterbitkan pada 6 Julai 2021, 12:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa Garis Panduan Operasi Bilangan 3 Tahun 2021 yang menerangkan kaedah Permohonan Surat Penyelesaian Cukai bagi Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan Entiti Labuan (Syarikat Labuan dan PLT Labuan) telah dimuat naik dalam Portal Rasmi LHDNM sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Garis panduan ini membatalkan Garis Panduan Operasi Bilangan 2 Tahun 2019 yang telah dikeluarkan pada 12 November 2019.

Para pelanggan boleh mendapatkan garis panduan dengan mengikuti langkah mudah seperti yang disediakan. Bagi maklumat lanjut, pelanggan juga boleh diajukan melalui:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  2. HASiL Live Chat; atau
  3. Borang Maklum Balas

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi