Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Dalam usaha kerajaan melandaikan penularan jangkitan COVID-19, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut bersolidariti membantu merealisasikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menyumbangkan RM459 590 kepada Akaun Amanah Bencana.
LHDNM menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya pada hari ini menyatakan bahawa sumbangan yang terkumpul tersebut merupakan hasil sumbangan secara sukarela daripada semua pegawai dan kakitangan LHDNM.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha LHDNM secara berterusan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.
“Sehubungan dengan itu, sumbangan ini adalah sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan semua pegawai dan kakitangan LHDNM dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM kepada YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertempat di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur.