Diterbitkan pada 9 Ogos 2021, 20:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
(Foto: MalaysiaNow)

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan sektor sudah mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kaunter operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut dibuka dan beroperasi mengikut fasa PPN bagi setiap negeri atau kawasan tertentu.

Pelanggan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM (kecuali kaunter Pusat Bayaran) melalui tempahan janji temu yang dibuat secara dalam talian (e-Janji Temu).

(Sumber: LHDNM)

Sehubungan dengan itu, pelanggan disyorkan untuk menyemak senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi