Oleh Ritah Yahaya
1 Ogos 2022, 16:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kumpulan Alibaba (“Alibaba”) menutup Program Latihan LiveNOW (“LiveNOW”, “Program”) dengan jayanya pada tahun ini, sekali gus melengkapkan 293 orang rakyat Malaysia merentas sesi bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin dengan kemahiran asas strim langsung dan pembikinan video Pemimpin Pendapat Utama (Key Opinion Leader, “KOL”) untuk meraih pelbagai potensi peluang dalam bidang e-niaga interaktif. Dikendalikan menerusi kerjasama dengan rakan kongsi latihan khas MODEN KOL Academy dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), MYNIC Berhad, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), edisi kedua LiveNOW sekali lagi menjadi inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Kumpulan Alibaba yang dikhususkan kepada masyarakatMalaysia.

Program latihan Alibaba LiveNOW merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diwujudkan secara eksklusif untuk Malaysia dan ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Alibaba. Kali pertama diperkenalkan pada tahun 2020, program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula rakyat Malaysia, selain membantu mereka untuk meraih potensi peluang dalam dunia e-niaga interaktif.

Program ini menyasarkan terutamanya individu yang berminat untuk membangunkan kerjaya dalam strim langsung e-niaga atau pembikinan video, serta pemilik perniagaan yang berhasrat untuk meraih manfaat daripada alat pemasaran e-niaga interaktif bagi menggalakkan pertumbuhan perniagaan mereka.

Berdasarkan asas latihan strim langsung KOL yang dicakup oleh edisi 2020, program LiveNOW pada tahun ini merangkumi komponen pembikinan video dalam talian memandangkan wujudnya peningkatan dalam penggunaan video pendek sebagai medium pemasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Semasa sesi latihan dalam talian selama tiga hari secara percuma yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin, peserta memperoleh peluang untuk belajar daripada pelbagai sesi perkongsian yang dihoskan oleh KOL tempatan terkenal, termasuklah Kate Ke En, Kartini Ariffin, Jae C, dan Xiao Gu, selain kuliah oleh para pembimbing daripada Taobao, MODEN KOL Academy, Lazada dan rumah pembikinan video tempatan, UNINESS.

“Kami berasa gembira kerana menerima respons yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Malaysia pada tahun ini terhadap program LiveNOW kami, sekali gus menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap peluang pembinaan keupayaan sedemikian.

Hal ini jelas terbukti dalam era pascapandemik ini ketika banyak orang telah memulakan perjalanan mereka dalam ruang e-niaga. Kami berharap agar program ini bukan sahaja telah memberikan peserta kita pengetahuan yang relevan untuk meneroka arena ini dengan keyakinan menerusi kisah-kisah pembimbing KOL kami bahawa kejayaan bukan tidak boleh diraih jika kita mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat kita,” jelas Jess Lew, Pengurus Negara, Tmall Taobao World Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi tahun ini dengan Alibaba dan membawa LiveNOW kepada komuniti yang lebih meluas di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami menyaksikan permintaan yang semakin berkembang daripada generasi muda untuk menjadi penstriman langsung KOL atau pembikin video, dan kami gembira dapat memanfaatkan pengalaman latihan kami selama bertahun-tahun bagi membantu mereka mempercepat penguasaan kemahiran yang relevan menerusi program ini. Kami berharap mereka akan menerapkan ilmu yang diperoleh dalam perkara yang berfaedah untuk mempertingkat jati diri mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam e-niaga,” kata Jerry Hang,

Pengasas MODEN KOL Academy, Billion Tiu, peserta Program Latihan LiveNOW 2022 memberikan pandangan terhadap program Latihan, “Hari ini saya mula memahami sebab trend semasa niaga secara langsung dan video dalam talian berkembang dengan begitu pesat, dan rangkaian komersial menjadi sangat mengagumkan. Membina rangkaian komersial anda dengan melakukan strim langsung merupakan model perniagaan yang berkesan kerana melibatkan modal yang kurang dan risiko yang rendah. Terima kasih Alibaba kerana memberi kami peluang untuk belajar.”

Seorang lagi peserta LiveNOW 2022, Jasmine Ong, berkongsi,  “Saya sering mengagumi keyakinan penstriman langsung dan menyimpan impian untuk menjadi individu yang mampu mengendalikan strim langsung saya sendiri bagi menjual aksesori dan barang kemas sebagai kaedah pemasaran tambahan. Program Latihan Alibaba LiveNOW telah memberi saya kefahaman yang lebih baik tentang sejauh mana hasrat ini dapat dicapai, dan sayamerancang untuk memulakan sesi strim langsung saya sendiri pada waktu terdekat. Terima kasih kerana menganjurkan program ini dan menjadikannya lebih mudah diakses bagi kami untuk menguasai kemahiran pemasaran interaktif!”

Peserta yang telah melengkapkan latihan LiveNOW 2022 layak untuk menyertai Komuniti LazTalent, iaitu kumpulan KOL strim langsung akar umbi Lazada. Di samping itu, mereka juga boleh memohon pakej penjual Lazada baharu untuk menikmati manfaat dan sokongan secara langsung di bawah di bawah Pakej Kickstarter Penjual Baharu Hari-Harimau Lazada Malaysia.

Kali pertama dianjurkan pada tahun 2020, program Latihan sulung LiveNOW menyaksikan penyertaan oleh 200 orang rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menjadi penstriman langsung KOL. Dengan berakhirnya edisi 2020, program LiveNOW telah memberikan manfaat kepada hampir 500 orang rakyat Malaysia, sekali gus memperluas matlamat Alibaba untuk membolehkan akses kepada ekonomi digital untuk semua.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.