Oleh Ritah Yahaya
25 Julai 2022, 12:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 yang berlangsung malam tadi di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur menyaksikan 11 buah syarikat terpilih menerima dana daripada pihak berwewenang. Cek cura (mock cheque) disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp.

Syarikat penerima cek cura LICTA 2021, antaranya termasuklah:

  1. Chen Ling Choy Fishery Sdn Bhd
  2. Max Wealth Education Sdn Bhd
  3. Vip Edu Hq Sdn Bhd
  4. Freshion Look
  5. Mliss (M) Sdn Bhd
  6. Bio Life Nutraceuticals Sdn Bhd
  7. Biocytech Corporation (M) Sdn Bhd
  8. Dirosys Solutions (M) Sdn Bhd
  9. Kim Guan Construction Sdn Bhd
  10. PPS Global Network Sdn Bhd
  11. Pusat Latihan Memandu Shah Bandar Sdn Bhd
  12. ASP Ehealthcare Sdn Bhd
  13. MYA Construction Sdn Bhd
  14. Fish N Pet Sdn Bhd
  15. Terimee International Beauty Slimming Academy Sdn Bhd
  16. UniCrest Technology (M) sdn Bhd
  17. JRsys Sdn Bhd

Majlis berprestij tersebut dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Majlis berprestij ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat; YBhg. Dato’ Lee Chee Weng, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA; Dato’ Sri Syed Hussein Al Habshee, Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp); Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);  YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS);  YBhg. Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia;  Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia;  Tan Sri Dato’ Chang Ko YounPengerusi Malaysia Hawker and Trader Foundation (YPPKM); Tuan Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.); Tuan Zaky Moh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., dan Tuan Yahaya Sani, Pengarah Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

 

Dato’ Lee Chee Weng Pengerusi, Jawatankuasa Pemilihan LICTA (dua dari kiri) bersama-sama Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.