28 Jun 2022, 08:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi program Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corporation Malaysia. “Saya dimaklumkan SPIM di bawah TEKUN yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM200 juta sebelum ini sudah habis dan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi BEEP untuk tahun 2022 juga habis.

“SPIM pinjaman yang popular untuk pembiayaan peniaga informal dan mikro untuk kepentingan usahawan kecil, saya umumkan peruntukan sebanyak RM100 juta lagi untuk SPIM. Saya umumkan juga peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk BEEP.”

Selain itu, sektor perniagaan dijangka terus menyumbang ke arah usaha pemulihan ekonomi negara hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan. Menurut beliau pembangunan keusahawanan merupakan antara inti pati pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara, selain menjadi teras penciptaan daya inovasi dan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi. Sektor perniagaan, terutamanya PMKS kekal signifikan kepada pengembangan ekonomi negara walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.