Oleh Ritah Yahaya
27 Jun 2022, 09:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja  Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan pembukaan kedai Al-Ikhsan Sports Warehouse Cawangan Kangar Jaya, Perlis. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Vach Pillutla; Ketua Pegawai Operasi, Stephanie Tham dan Pengurus Pemasaran, Zechariah Ravin.

Raja  Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) merasmikan Al-Ikhsan Sports Warehouse Cawangan Kangar Jaya, Perlis.

Al-Ikhsan Sports Warehouse Cawangan Kangar Jaya merupakan cawangan ketiga syarikat yang beroperasi di Perlis selain di Kompleks Niaga PKENPs Kampung Bakau Kangar dan Kompleks Tok Arau.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd ialah penjual pelbagai barangan sukan nombor satu Malaysia seperti kasut sukan, pakaian dan peralatan. Al-Ikhsan Sports yang mula beroperasi sejak tahun 1993 memenangi pelbagai anugerah sepanjang penubuhannya, termasuklah Anugerah Cemerlang ASEAN 2011 dan Brand of The Year Award for Malaysia from World Branding Council United Kingdom 2019. Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd berkembang secara pesat dan kini, mempunyai lebih daripada 125 buah kedai yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dalam majlis tersebut Tuanku Raja Muda mengajak seluruh anggota masyarakat tanpa mengira usia dan jantina agar sentiasa mencari masa dan ruang untuk melibatkan diri dalam apa-apa jenis sukan yang diminati mengikut kemampuan masing-masing sama ada riadah ataupin kompetitif secara berterusan sepanjang tahun untuk menghasilkan budaya “Rakyat Perlis Hidup Sihat Melalui Bersukan dan Bersenam”.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!