Oleh Ritah Yahaya
23 Jun 2022, 16:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hangzhou, Zhejiang, China – Alibaba mencatatkan pertumbuhan dengan trend  baharu semasa Pesta Beli-belah Pertengahan Tahun 6.18. Dari segi produk terkemuka, terdapat hampir 100 item dengan perolehan melebihi RMB100 juta, dengan hampir 2300 item dengan perolehan melebihi RMB10 juta, dan lebih 30 000 item dengan perolehan RMB1 juta.

Beberapa trend penggunaan baharu muncul semasa Festival Beli-belah Pertengahan Tahun 6.18 yang memberikan peluang menarik untuk jenama dan peniaga di China dan luar negara. Beberapa trend baharu beli-belah muncul, antaranya termasuklah penjualan dan pembelian peralatan memancing dan perkhemahan; papan selaju di Tmall, produk penjagaan diri lelaki; peranti dan pakaian haiwan kesayangan; produk rentas kategori dan rentas senario, dan produk baharu untuk musim bunga dan musim panas.

Aktiviti memancing semakin popular dalam kalangan pengguna muda Cina sebagai hobi baharu. Dalam 12 bulan berakhir bulan Jun 2022, tiga juta orang pengguna (lahir selepas tahun 1995) membeli peralatan memancing di Taobao dan Tmall. Semasa tempoh daftar keluar pertama pada 6.18 tahun ini kempen (dari pukul 8.00 malam, 31 Mei hingga 3 Jun), jualan peralatan memancing meningkat hampir 50% dari tahun ke tahun, khususnya peralatan perkhemahan dan memancing mewah.

Jualan kategori papan selaju di Tmall meningkat sebanyak 290%. Kategori dandanan dan cukur lelaki melonjak lebih daripada 20 kali. Selain itu, penggayaan, primer dan bedak asas lelaki merupakan produk juga digemari oleh pengguna. Jualan pakaian perlindungan sinar ultra ungu lelaki meningkat dengan ketara, dengan bilangan urus niaga melonjak sebanyak 50%, menjadikannya item popular dalam kategori pakaian luar.

Pengguna milenium dan Gen-Z di China memastikan bahawa haiwan kesayangan mereka diberi makan dengan baik. Oleh itu, jualan peranti pintar untuk haiwan kesayangan, termasuklah robot pendamping, mangkuk pintar haiwan kesayangan dan kotak sampah pintar untuk kucing hampir 150%.

Jualan mainan pintar haiwan kesayangan meningkat hampir 130 kali ganda. Pakaian musim panas kucing dan anjing meningkat sebanyak 40%. Jumlah carian untuk topi keledar haiwan kesayangan meningkat lebih daripada tiga kali ganda. Pengguna yang lebih muda juga melabur untuk rambut palsu, kot danstoking untuk haiwan kesayangan mereka dan menjaga kesihatan haiwan kesayangan mereka dengan pembelian makanan tambahan.

Produk rentas kategori dan rentas senario menyaksikan rangkaian pembangunan produk Alibaba, bekerjasama dengan pelbagai peniaga untuk mencipta beberapa produk rentas kategori dan rentas senario, khusus untuk pasaran China. Peruncit kesihatan Cina Breo bekerjasama dengan Tmall Innovation Center (TMIC) untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan pengguna untuk peranti perlindungan mata

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.