22 Jun 2022, 15:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Legenda bola sepak Malaysia Safee Sali dengan kerjasama Prime Sports NFT; bahagian sukan NFT di bawah Prime Sports International (PSI) pada hari ini  mengumumkan pelancaran “SEPULUH” NFT (Non-fungible token), 10 koleksi digital yang akan dilelong bermula pada 22 Jun 2022 melalui pasaran NFT digital, Opensea. Peminat akan berpeluang membida untuk menjadi pemilik eksklusif 10 NFT terhad dan berpeluang berkongsi padang dengan Safee, akan mendapat cetakan berbingkai NFT dan akses kepada komuniti peribadi untuk ahlinya.

Melalui perkongsian visi yang sama, Safee Sali bekerjasama dengan Prime Sports NFT untuk meningkatkan penglibatan dan interaksi bersama-sama peminat-peminatnya. Selain  itu, projek NFT itu membawa kepada kerjasama dengan artis tempatan, Nicholas Chuan bagi membentuk koleksi Safee. Berasal dari Pulau Pinang, artis yang berusia 20 tahun itu membawa portfolio ilustrasi untuk organisasi terkenal dunia seperti UEFA, Red Bull Racing Formula 1, Liverpool FC, dan FC Bayern.

Inspirasi di sebalik “SEPULUH” berasaskan pencapaian kegemilangan Safee Sali ketika Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, dan  kejayaannya memperoleh Kasut Emas, iaitu sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan pada tahun itu. Ilustrasi NFT tersebut menggunakan gambaran ikonik yang masih kekal sebagai satu pencapaian terbesarnya di pentas antarabangsa untuk Malaysia. “Visi saya untuk ‘SEPULUH’ adalah untuk mengenang kenangan terindah saya memakai jersi Harimau Malaya melalui seni digital dan membolehkan peminat memiliki sekeping cerita saya sebagai koleksi. Peminat saya  memberikan sokongan sepanjang kerjaya saya dan “SEPULUH NFT” membuka pintu untuk mengeratkan hubungan saya bersama-sama mereka,” kata Safee Sali.

Pelancaran “SEPULUH” NFT juga merupakan projek sulung dan cetusan idea Prime Sports NFT, pelopor dalam industri yang bertujuan menyilangkan dunia sukan, seni dan budaya. Bekerja secara kolaboratif dengan pelbagai atlet, artis dan rakan kongsi di rantau ini, Prime Sports NFT memainkan peranan penting dalam strategi, idea dan memupuk proses kreatif dalam pelancaran projek tersebut bersama-sama Safee. Selain itu, projek ‘SEPULUH’ NFT ini juga dalam perkongsian bersama-sama Professional Footballers Association of Malaysia  (PFAM), dan sebahagian daripada hasil jualan NFT tersebut akan disalurkan kepada dana pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia.

(Dari kiri ke kanan) Yong-Chul Yun, Pengasas Prime Sports NFT, Safee Sali dan Nicholas Chuan, artis digital di sebalik “SEPULUH” NFT.

Pengasas Prime Sports NFT, Yong-Chul Yun berkata “Secara global, aset digital semakin membesar dan disokong tinggi dalam dunia sukan dan dengan ini kami berharap dapat mengubah cara peminat berinteraksi dengan pasukan dan atlet kegemaran mereka. Dengan pelancaran “SEPULUH” NFT , kami teruja kerana dapat menjadi pemboleh inovasi tersebut. Peranan kami dalam menghubungkan Safee dengan artis berbakat seperti Nicholas, benar-benar memberi ganjaran dan sekarang kami sedang bekerja dengan lebih banyak atlet, artis dan organisasi di Malaysia,” kata Yong-chul Yun.

Nicholas Chuan, merupakan artis di sebalik ‘SEPULUH NFT’ berkata, “Saya berbesar hati kerana diberi peluang bekerja dengan wira negara seperti Safee dan merealisasikan visinya untuk aset digital koleksi ini. Bekerja secara kolaboratif dan kreatif dengan minda inovatif dalam bidang sukan sepertinya merupakan pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Secara keseluruhannya, saya bersyukur bahawa karya saya diiktiraf dan saya teruja untuk melihat sesuatu yang akan disediakan untuk peminat dan pemilik  ‘SEPULUH’.”

Bermula dari 22 Jun 2022 pada pukul 12.00 tengah malam, “SEPULUH” NFT daripada Safee Sali akan disiarkan secara langsung untuk lelongan melalui Opensea. Peminat akan berpeluang membida bilangan terhad 10 NFT dalam koleksi hingga 11 Julai 2022, pada pukul 11.59 malam. Ditempa pada Blockchain Ethereum, NFT akan membuka pelbagai faedah untuk pemiliknya, termasuklah pengalaman yang eksklusif dan saluran komuniti persendirian bersama-sama Safee Sali.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.