16 Jun 2022, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Putrajaya – Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila harganya diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa susulan , Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini susulan jangkaan kenaikan harga ayam.
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ialah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram. Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka.  Pihak kerajaan mengumumkan bahawa subsidi kepada penternak ayam tidak lagi diberikan berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi  boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport. Beliau turut mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Apabila harga ayam diapungkan, pihakl KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!